Saturday, 25 August 2012

Agar Haji Tidak Sia-sia


Sipnopsis: Perbaruilah janjimu di hadapan Allah dengan mengakui segala keesaanNya. Dekatkan diri selalu kepada Allah ketika di Muzalifah.  Sembelihlah tengkuk hawa nafsu dan kerakusan ketika engkau menyembelih haiwan korban. Lemparkanlah syahwat, kerendahan,  kekejian, dan segala perbuatan tercela ketika melempar Jumrah  (Jamarat). Cukurlah aib-aib lahir (kotoran) dan batinmu (dosa) ketika  mencukur rambut.
Tinggalkan kebiasaanmu yang selalu menurut  kehendak (keinginan nafsu)mu, dan masuklah kepada perlindungan ke Masjidil Haram.  Berputarlah di sekitar Baitullah dengan sungguh-sungguh mengagungkan Pemiliknya dan menyedari Kebesaran dan Kekuasaan-Nya.
Beriltizamlah  kepada Allah dengan penuh keredaan atas setiap ketentuan Allah dan rendahkan diri engkau di hadapan KebesaranNya. Tinggalkanlah apa saja selain Allah dalam hatimu ketika engkau melaksanakan tawaf perpisahan. Sucikan batinmu untuk menemui Dia (Allah Azza wa Jalla) pada hari pertemuan dengan Dia, ketika kau berdiri di Safa. Tempatkan dirimu pada  pengawasan Allah dengan membersihkan seluruh perilakumu di Marwah.”
Maka, lakukanlah dengan niat yang betul lurus dan sempurna, agar hajimu tidak menjadi sia-sia. Klik di sini 


Wednesday, 15 August 2012

Al-Quran Al Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’

Al-Quran Al Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’
Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna
yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Al-Quran AL-Karim Dengan panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan. Sila kilk di sini


Sunday, 5 August 2012

Majalah Solusi

Majalah solusi adalah keluaran Telaga Biru.  Kandungan cukup mantap, sesuai untuk tatapan seisi keluarga.  Pelbagai isu dikupas oleh penulis-penulis yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.  Pengunaan ayat yang mudah difahami oleh semua lapisan masyrakat.  Sebagai pengedar stormreader, saya menyeru agar majalah ini dijadikan sebagai pencetus rujukan. Isu terbaru 46 dikeluarkan bersempena dengan bulan Ramadhan. Para peminat buku keagamaan juga digalakan agar dapat melayari Kedai Buku Online dengan klik di sini.

Kedai buku online

Terima kasih kepada stormreader yang telah menerima aku sebagai rakan kongsi dalam perniagaan buku secara online.  Kelebihan stromreader adalah mengedar buku-buku berbentuk keagamaan.  Penulis buku-buku disini terdiri dari icon-icon yang terkenal yang sering dijemput oleh Radio Ikim seperti  Dr.Zaharuddin, Dr. Zahzan, Dr. Zulkifli dan ramai lagi. Kepada peminat buku boleh lah mencuba dan melayari di sini